Pencemaran Air
Air merupakan sumber yang penting bagi kehidupan manusia. Tanpa air dunia akan menjadi sebuah planet yang tidak bernyawa. 3/4 bagian dari bumi diliputi oleh air dan lebih 2/3 daripada berat badan manusia adalah air. Pada umumnya, seorang manusia akan menggunakan 1,000 liter air setahun sebagai minuman.
Tahukah anda, warna dan bau air boleh memberitahu kita apa yang terjadi pada air. Antara lain:
1. Air berwarna hijau
Terdapat tumbuhan kecil yang dinamakan rumpair yang tumbuh di dalamnya.
2. Air berlumpur
Terdapat kandungan kelodakan atau mendapan yang tinggi menyebabkan ikan
sukar bernafas.
3. Lapisan berkilau
Berlaku tumpahan minyak di permukaan air
4. Busa atau berbuih
Kemungkinan sabun dari rumah atau kilang yang mengalir ke dalamnya.
5. Berbau seperti telur busuk
Terdapat kumbahan.
6. Lapisan kuning jingga atau kemerahan di permukaan air
Kilang membuang bahan pencemaran ke dalam anak sungai.
PENCEMARAN AIR
Pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. Pencemaran berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Pencemaran air bukan hannya berlaku di sungai tetapi juga di laut dan ianya boleh berlaku secara sengaja atau tidak. Pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang.
Punca Pencemaran
Kumuhan kilang - kebanyakan kumuhan kilang seperti sisa toksid dibuang ke sungai atau laut.
Sikap individu - pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis.
Aktiviti Pertanian - penerokaan tanah untuk dijadikan kawasan pertanian menyebabkan hakisan tanah yang seterusnya mengakibatkan mendekan berlaku. Mendekan in akan mencetekkan sungai dan menjadikan air sungai menjadi keruh.
Kesan Pencemaran
Kesihatan manusia - bakteria. virus, parasit dan bahan kimia yang lain.
Haiwan - Hidupan air seperti ikan, siput, udang atau ketam akan mati dengan tumpahan minyak, pembuangan sampah dan sisa toksid.
Sumber : Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemaran Alam, Jasiman Ahmad, Eddiplex Sdn. Bhd. 1996

0 Komentar:
Posting Komentar
Berlangganan Posting Komentar [Atom]
<< Beranda